50 selebriti terkenal hangatkan ABPBH 2013


Mahfar (10 dari kiri) bersama penaja dan artis yang membuat persembahan serta penyampai pada majlis pengumuman pengisian acara malam kemuncak ABPBH 2013 di Kuala Lumpur, semalam.

Kuala Lumpur: Lebih 50 selebriti terkenal bakal menghangatkan malam kemuncak Anugerah Bintang Popular BH 2013 (ABPBH 2013) yang disiarkan secara langsung dari Arena of Stars, Genting Highlands pada 6 April depan.

Artis mewakili pelbagai cabang seni itu akan muncul dalam tiga segmen iaitu pengacara, penyampai trofi dan persembahan yang bakal menyaksikan kejutan dan pengisian berbeza sesuai dengan tema ‘Magis Alam’.

Paling dinantikan, segmen persembahan menyaksikan 27 penyanyi terbaik merentas zaman beraksi dengan membawa mesej cintakan alam sekitar yang menjadi antara fokus ABPBH 2013.




Malam kemuncak bakal menyaksikan gabungan artis dari era 1990-an hingga penghibur popular semasa tampil dalam persembahan hebat diketuai pengarah muzik tersohor, Datuk Ramli MS.

Pentas edisi ke-27 ABPBH bakal diterajui pelakon dan penyanyi popular, Amy Mastura dan penyampai, Fara Fauzana.

Antara artis yang bakal beraksi pada malam kemuncak ialah Hafiz, Hazama; Black; Hyper Act; Adira; Waris; Alyah; Forteen; Datuk AC Mizal; RJ; Najwa Latif dan Stacy.

Turut membuat persembahan ialah Ayu Damit; Dina; Encik Mimpi; Iwere; Mawi; Shahir; Nomad; Siti Sarah Raisuddin; Sherry Alhadad; Zulin Aziz; Liza Hanim; Nora; Salamiah Hassan dan Zainal Abidin.

19 selebriti sampaikan trofi

Sementara itu, 19 selebriti diberi tanggungjawab menjadi penyampai trofi. Mereka ialah Keith Foo; Aaron Aziz; Almy Nadia; Erra Fazira; Fizz Fairuz; Hanez Suraya; Hisham Hamid; Irma Hasmie dan Izreen Azminda.

Selain itu, Jasmin Hamid; Lana Nordin; Lisa Surihani; Mizz Nina; Nassier Wahab; Nora Danish; Norish Karman; Raja Ema; Eja dan Yusry Abd Halim.

Majlis pengumuman pengisian acara malam kemuncak ABPBH 2013 berlangsung di The Royale Chulan Kuala Lumpur di sini, semalam.

Turut hadir di majlis itu, Pengarang Kumpulan BH, Mahfar Ali; Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal & Pembersihan Awam (PPSPPA), Datuk Ab Rahim Md Noor; Eksekutif Pemasaran Tandence, Theresia; Pengarah D’Haja, Nor Hadniza Ahmad dan Pengarang Hiburan BH merangkap Pengerusi Bersama ABPBH 2013, Shamshul Azree Samshir.


FRIM lokasi ABPBH 2013

Pada majlis itu, penganjur turut mengumumkan program Magis Alam ABPBH 2013 yang akan diadakan di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Kepong pada 2 Mac depan. Antara aktiviti dirancang termasuk pertandingan mencipta objek barang terpakai dan pertandingan kitar semula terbanyak.

ABPBH 2013 dibawa oleh D’Haja Sdn Bhd; Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam; Alam Flora; SWM Environment dan Environment Idaman; Eynasha; Lord’s Tailor dan KTM Malaysia.

Selain Stesen Televisyen Malaysia Berhad (TV3); Resort World Genting; Natika Gold & Jewelry; The Royale Chulan Kuala Lumpur; Tendence dan stesen radio rasmi, HotFM.
Previous Post Next Post