Dilihat terlalu mencuba, malah segelintir melontarkan kritikan dia seperti meniru gaya pengacaraan bekas teman sekerjanya ketika mengendalikan kemuncak Anugerah Juara Lagu (AJL) 28, Ahad lalu, Muhammad Azmir Selamat atau AG, tidak berkecil hati.
Bagi AG, persamaan dengan Faizal Ismail tidak dapat dielakkan kerana mereka pernah lapan tahun digandingkan di konti Hot FM, membuatkan dirinya sulit untuk keluar daripada bayangan lelaki itu.
AG turut mengakui, selepas enam tahun kelibat Faizal menemani audiens ketika kemuncak AJL membuatkan khalayak sukar mengikis imej yang sudah sebati di kotak minda mereka.