Zahiril tolak skrip asal boleh



Dalam situasi pelakon sering dihadapkan dengan skrip separa matang, menuntut mereka supaya kreatif membina watak agar tidak menjadi mangsa tudingan jari penonton.

Sebagai pelakon berpengalaman, Zahiril Adzim berkata, dia sentiasa ketagihan naskhah yang menguji untuk membawa bakatnya ke tahap terbaik.




Malangnya dalam pencarian itu, dia sentiasa dipertemukan dengan skrip yang lemah dan tidak kemas dibangunkan hingga menimbulkan konflik serta pertelagahan dalam dirinya.

Antara prinsip diri dan kepuasan, Zahiril berkata, ada ketika dirinya dituntut supaya berkorban apabila tiada pilihan kerana lakonan adalah mata pencarian utamanya.
Previous Post Next Post