Bapa Nadia Mustafar Meninggal Dunia Sebelum Sempat Lihat Cucu



Walaupun gembira dengan kehadiran cahaya mata ketiganya yang lahir pada 7 Februari lalu, pelakon Nadia Mustafar meluahkan rasa terkilan apabila bapanya, Sheikh Mustafar Sheikh Ahmad tidak sempat menatap wajah cucunya apabila telah meninggal dunia, Ahad lalu.

"Sebelum mendapat tahu arwah ayah meninggal dunia, ahli keluarga ada memaklumkan keadaannya yang sudah kritikal dan saya mengagahkan diri bersiap untuk ke Ipoh bertemu dengannya.

"Bagaimanapun Allah lebih menyayanginya apabila dia pergi terlebih dahulu sebelum sempat saya bertemunya buat kali terakhir," ujar Nadia menerusi mStar Online.




Menurut Nadia lagi, bapanya telah dimasukkan ke hospital berkenaan sejak beberapa hari lalu dan Allahyarham meninggal dunia kerana sakit tua pada usia 76 tahun.

Dalam pada itu, anak ketiga Nadia yang diberi nama Mia Qaleessa telah dilahirkan secara normal di Hospital Pantai Cheras kira-kira jam 12 petang, Jumaat lalu.
Previous Post Next Post