DJ Dave rai 150 kanak-kanak di Star Cruises


DATUK D.J.Dave menghulurkan 'ang pau' dan hadiah kepada anak-anak istimewa dari sekitar bandar raya Kota Kinabalu sempena hari lahir beliau yang ke-66 di atas kapal mewah Star Cruises di Kota Kinabalu, hari ini.

KOTA KINABALU 14 Feb. - Penyanyi popular era 1970-an, Datuk DJ Dave hari ini meraikan 150 kanak-kanak istimewa sempena sambutan ulang tahun beliau yang ke-66 di atas kapal mewah Superstar Aquarius milik syarikat pelayaran Star Cruises di sini.

Dave mempersembahkan beberapa lagu seperti 'Ingin Bersua', 'The Way You Look Tonight' dan 'Kuch Kuch Hota Hai,' selain memberi sumbangan wang dan hadiah kepada kanak-kanak istimewa dari beberapa rumah kebajikan itu.




Bercakap kepada pemberita selepas acara memotong kek berupa kapal mewah itu, beliau berkata, program berkenaan antara kerja amal yang dianjurkannya bagi mendekati golongan istimewa.

"Dalam satu persembahan saya didatangi seorang kanak-kanak istimewa yang mendorong saya untuk menjadi penyanyi profesional," katanya yang meraikan hari lahir pada 14 Feb setiap tahun bersama kanak-kanak sejak 1972.

Turut hadir Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Masidi Manjun. - BERNAMA
Previous Post Next Post