Kuala Lumpur: Penggambaran babak tembak-menembak membabitkan dua pelakon utama drama bersiri Miranda, Fasha Sandha dan Dazrin Kamarudin tengah hari semalam terpaksa dihentikan kira-kira satu jam apabila didatangi dua kereta polis yang menerima aduan daripada orang ramai menyangka ia kejadian jenayah sebenar.
Menurut Pengarahnya Along Kamaludin, babak Dazrin dan Fasha ditembak seseorang dirakam di kawasan parkir berhampiran sebuah restoran di Kota Damansara, dekat sini, mengundang salah faham orang ramai yang terkejut dengan bunyi tembakan itu.
“Semuanya salah faham saja. Sebenarnya dalam babak itu, Dazrin dan Fasha ditembak seseorang dari dalam kereta. Kami buat babak itu di kawasan parkir bawah tanah sebenarnya, tapi tak sangka pula ada pengunjung restoran berhampiran terdengar dan menyangka ia kejadian jenayah sebenar.
“Mungkin sebab kami rakam babak itu pun tanpa peralatan yang banyak, jadi orang tak nampak kami jalani penggambaran. Tiba-tiba dua kereta peronda polis tiba di set dan terpaksa pula pengurus produksi saya jelaskan perkara itu hanya salah faham,” katanya ketika dihubungi, semalam.
FASHA dan Dazrin yang ‘ditembak’ dalam babak drama Miranda.
Along berkata, kru dan pelakon terkejut didatangi polis yang menerima aduan orang awam selepas terdengar bunyi tembakan.
ARTISMELETOP: Teringat permainan kanak-kanak polis entri dulu-dulu heheh...