Isteri Black hamil?



JIKA sebelum ini Black dan pasangannya, Naquia Yasirah atau Cira pernah menyatakan hasrat mereka untuk segera menimang cahaya mata selepas berkahwin mungkin menjadi kenyataan.

Baru-baru ini, Black bercerita bahawa dia telah membawa Naquia Yasirah ke hospital untuk pemeriksaan doktor selepas isterinya itu sudah beberapa minggu tidak datang haid.

Namun doktor tersebut tidak dapat memberikan kata putus bahawa ianya disebabkan kehamilan.

"Doktor beritahu mungkin terlalu awal untuk mengesahkan perkara itu dan dia menyuruh isteri saya membuat pemeriksaan sekali lagi sebulan dari sekarang”.




“Kami memang sangat teruja untuk menunggu keputusan ini kerana kami sama-sama sukakan kanak-kanak.

Malah ketika mengerjakan Umrah pun kami berdoa agar dikurniakan cahaya mata segera,” ujar Black.

Penyanyi popular ini turut berkata, beliau tidak kisah berapa orang cahaya mata yang bakal dikurniakan kepada dia dan isterinya kerana baginya itu adalah pemberian dan kurniaan dari Tuhan.

Apa-apa pun kami mendoakan Black dan Cira dikurniakan zuriat dalam masa terdekat.
Previous Post Next Post