Syamsul Yusof: Puteri Liyana Pilih Tema ‘Garden Islamic’, Resepsi Mac Ini?



Penuh teka-teki sungguh kisah pasangan selebriti sama cantik sama padan ini. Dari status hubungan cinta mereka sehinggalah tiba-tiba dah nak kahwin. Biasalah, tak semua mahu mengheboh-hebohkan perkara berkenaan jodoh ini. Takut tak jadi, malu dibuatnya. Atau mungkin mereka mahu lebih ruang privasi untuk kisah cinta mereka, jadi kita semua kenalah hormat dengan pilihan mereka.

Namun, dalam pada GUA dah hampir putus asa untuk mendapatkan perkembangan mengenai persiapan Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana menuju ke gerbang perkahwinan, al-maklumlah kedua-duanya susah nak jawab panggilan telefon, tiba-tiba tanpa diundang ada satu cerita sampai ke telinga GUA.




Mula-mula susah juga nak percaya tapi sumber yang memberi adalah di kalangan mereka yang bertanggungjawab menguruskan majlis perkahwinan mereka. Jadi, mungkin 90% yang disampaikan adalah betul. Khabarnya, pasangan ini memang sedang sibuk dengan persiapan perkahwinan mereka dari segi tempahan baju, pelamin, dewan dan sebagainya, maklumlah lebih kurang sebulan saja lagi majlis mereka bakal berlangsung.

GUA dengar untuk majlis resepsi (tidak pasti untuk pihak yang mana), mereka memilih tema ‘Garden Islamic’. Resepsi tersebut khabarnya bakal berlangsung 8 Mac depan di sebuah dewan yang memang tengah popular di kalangan selebriti kita sekarang. Namun, tidak pastilah pula mereka ini nikah sebelum itu atau pada hari yang sama sebab 8 Mac jatuh pada hari Sabtu. Apapun, GUA tak sabar nak tunggu kad kahwin daripada mereka dan berharap segala persiapan mereka berjalan dengan lancar.
Previous Post Next Post