Penyanyi yang kini sedang menempa nama di Taiwan, Soo Wincci mengakui berasa terkejut apabila dilamar oleh pelakon drama ‘Ayoub’, Iqram Dinzly ketika majlis pelancaran album mini terbarunya, ‘Su Win Si by Soo Wincci’, di M Suite @ Embassy Row, Jalan Ampang, baru-baru ini.
“Tangan saya menggigil ketika disarungkan cincin oleh Iqram. Benda yang paling lemah bagi saya ialah percintaan dan apabila dilamarnya, memang satu kejutan besar buat saya. Terima kasih kepada Iqram kerana lamaran ini memberi memori yang indah buat saya,” tutur Soo Wincci saat berkongsi perasaannya dilamar pelakon drama siri ‘Dunia Baru’ itu.
“Kami mula rapat selepas berjumpa dalam satu majlis dan saya sangat selesa dengan dia. Saya seorang yang sangat gila bekerja dan sebab itulah saya kehilangan ramai kawan. Memandangkan Iqram tinggal berdekatan dengan rumah saya, jadi saya sering keluar dengan dia. Buat masa sekarang kami hanya berkawan dulu kerana selagi saya tidak sampai ke Hollywood, saya tidak mahu fikir lagi soal jodoh.”
Berkongsi mengenai pemilihan tajuk album mini terbarunya, Wincci memberitahu tajuk tersebut dipilih bagi memudahkan semua peminat terutamanya yang berbangsa Melayu untuk menyebut namanya memandangkan sebelum ini ramai yang agak keliru mengenai sebutan namanya.
Mengandungi lima buah lagu antaranya ‘Terus Teranglah’ duet bersama Joe Flizzow, ‘Musim Asmara’, ‘Jangan Risau’ dan ‘Nombor 1’ di mana kesemuanya ditulis oleh Ajai, penyandang juara Miss World Malaysia 2008/2009 ini memberitahu menghadapi cabaran dari segi bahasa memandangkan ini merupakan album pertamanya berbahasa Melayu selepas menghasilkan empat album Mandarin sebelum ini.
“Cabaran utama saya ialah dari segi sebutan bahasa Melayu. Banyak perkataan Melayu yang saya tak dapat sebut dengan betul kerana pelat Cina saya terlalu pekat, apatah lagi saya baru saja balik dari Taiwan. Mujur abang Ajai sangat bijak dan dapat tukar lirik untuk menutup kekurangan saya,” ujar Wincci sambil memberitahu album ini dihasilkan sebagai hadiah buat peminat yang banyak menyokongnya selama ini.
Album ‘Su Win Si by Soo Wincci’ yang diedarkan oleh Warner Music Malaysia akan menemui peminat pada 20 Disember 2013. Para peminat juga boleh memuat turun lagu-lagu terbaru Wincci di laman-laman Telco dan mengikuti perkembangan Wincci di Facebook, WincciFanPage serta Instagram dan Twitter@soowincci.
Jom kita layan MV Soo Wincci feat. Joe Flizzow - Terus Teranglah
LIRIK:
Wincci :
Terus terang lah
Terus terang lah pada aku
Katakan lah apa yang ada
Dalam hati mu
Joe :
Yeah..... Ini cerita biasa
Mengenai cinta yang luar biasa
Mereka bercerita yeah itu biasa
Sebar berita dan fitnah tanpa siasat
Tapi sekarang hanya kita berdua
Ku rasa seperti lelaki paling bertuah
Ku hanya meminta dan perlu satu peluang
Cinta ku berikan masa dan ruang
Wincci:
Terus terang lah
Terus terang lah pada aku
Katakan lah
Apa yang ada
Dalam hatimu
Joe :
Ku terus terang
Kerja waktu malam tapi ku terus pulang
Perempuan melaram tapi ku tidak curang
Mereka datang rapat tapi aku kasi jurang
Ayat memang kurang Apa guna dusta
Ku nampak mereka tapi tidak pernah usha
Hubungan perlu usaha dan komunikasi
Jadi sayang dengarkan bisikan hati
Wincci :
Kau kata kau jaga diriku
Kau kata kau beri semua
Tegak mu berdiri untuk ku
Joe :
Setiap yang ku buat hanya untuk mu
Wincci :
Jadi apa yang kau tunggu lagi
Hampir semua kita lalui
Tegak mu berdiri untuk ku
Joe :
Daku kan sentiasa jadi laki itu
Wincci :
Terus terang lah
Terus terang lah pada aku
Katakan lah
Apa yang ada Dalam hatimu
Wincci :
Tunjukkan pada ku
Jika benar benar kau cintai aku
Kau sayangi aku
Biar hati ku dengar
Bisikan cinta itu
Ku tunggu selama ini
Wincci :
Terus terang lah
Terus terang lah pada aku
Katakan lah
Apa yang ada
Dalam hatimu
Joe :
Sayang sekarang kau hadir
Cinta pandang pertama untuk kali terakhir
Begitu indah cerita dan suratan takdir
Bangun untuk senyumanmu setiap pagi
Wincci :
Kau kata kau jaga diri ku
Kau kata kau beri semua
Tegak mu berdiri untuk ku
Joe :
Setiap yang ku buat hanya untuk mu
Wincci :
Terus terang lah
Terus terang lah pada aku
Katakan lah
Apa yang ada Dalam hatimu
Joe :
Terus terang ku katakan sayang
Wincci :
Katakan lah
Apa yang ada Dalam hati mu
Komposer/Lirik: Ajai