Tahniah diucapkan kepada penjaga gol kebangsaan Malaysia kerana isterinya Leuniey Natasha selamat melahirkan bayi perempuan tepat jam 2.55petang tadi. Bayi sulung pasangan ini dilahirkan secara normal dengan berat 2.75kg.
Berita gembira ini dikongsikan sendiri oleh Khairul Fahmi atau lebih dikenali sebagai Apek dan isterinya di laman sosial Instagram milik mereka.
“Alhamdulillah syukur kepadaMU YA ALLAH saya selamat melahirkan bayi perempuan 2.75kg pada jam 14.55ptg. AMEEN YA RABB Ourlittleangel #babyK @fahmiapexs” – Leuniey Natasha.
Apek dan Leuniey di ijabkabulkan pada Disember 2012 dalam majlis yang penuh meriah.
ARTISMELETOP: TAHNIAH BUAT APEK DAN ISTERI. SEMOGA ANAK DI DIDIK DENGAN ILMU AGAMA YANG SEMPURNA.