Dazrin buat hal lagi?



SYED ingatkan cerita pasal Dazrin Kamaruddin sudah berakhir. Iyalah dia pun sudah bagi kenyataan sebelum ini yang mengatakan dirinya tak bermasalah seperti yang Syed tulis sebelum ini.

Tup-tup baru-baru ini ada pula kru syarikat produksi memberi cerita terbaharu tentang Dazrin yang khabarnya masih lagi buat hal di lokasi penggambaran.

Khabarnya pengarah Along Kamaluddin naik hantu dengan perangai tak berdisiplin Dazrin. Bukan soal datang lambat yang menjadi hal tetapi selalu menghilangkan diri.

Tak salah Syed ketika itu mereka sedang menjalani penggambaran drama bersiri Miranda. Kalau sudah bekerjasama dengan Along Kamaluddin mestilah kena berdisiplin.

Sebab ramai kru dan pelakon tahu Along memang tegas ketika bekerja dan memang tak kuasa melayan orang yang tak berdisiplin ini.

Yang Syed dengar lagi, bila waktu rehat saja mesti Dazrin menghilangkan diri dari lokasi penggambaran. Kalau sekejap tak apa, ini lama pula.




Habis kalau dah lama sangat hilang tentulah perkara itu menjejaskan pula babak seterusnya sebab nak kena tunggu dia pulang ke set baru boleh sambung kerja.

Sampaikan pada satu tahap Along khabarnya naik angin dengan perangai Dazrin yang tak menepati masa. Drama ini pula sudah mahu ditayangkan di televisyen tapi jadi lambat sebab masalah-masalah kecil seperti ini.

Syed tak ada apa-apa isu dengan Dazrin cuma menyuarakan keluh-kesah kru yang tak tahan dengan perangai pelakon ini sahaja. Kalau ikutkan memang banyak lagi cerita pedih tapi tak payahlah Syed ceritakan.

Tak mengapalah, ini juga pengajaran buat artis lain supaya jangan menyusahkan semua orang.

ARTISMELETOP: Selamat Tahun Baru Cina dan Selamat Hari Wilayah.
Previous Post Next Post