PENGHUJUNG tahun lalu, pelakon Aeril Zafril dan isterinya, Wawa Zainal menjadi tumpuan ramai apabila dikatakan menyorokkan status perkahwinan mereka.
Apa yang lebih mengejutkan apabila Wawa juga turut menyembunyikan kehamilannya dan mengakui terkena penyakit misteri kepada pihak pengurusan syarikat.
Malah, pasangan ini turut dikecam gara-gara perkahwinan mereka juga dikatakan berlaku dua kali.
Beberapa bulan berlalu, pasangan ini bagaimanapun dilihat lebih tenang dan semakin terbuka berkongsi kehidupan peribadi mereka kepada umum.
Selain berkongsi gambar anak tunggal mereka, Ahmad Fakhruddin Attar yang berusia 6 bulan, pasangan ini juga tidak lokek berkongsi beberapa gambar percutian mereka di luar negara.
Malah yang terbaru, pelakon 7 Petala Cinta ini, memuat naik gambar romantis sempena ulang tahun perkahwinan mereka. Turut berserta kata-kata romantis, jelas menunjukkan kebahagiaan mereka dalam melayari alam rumah tangga.