Berikutan berlakunya tragedi enam remaja mati semasa melayan Future Music Festival Asia 2014 yang lalu, ada ura-ura khabar angin mengatakan satu lagi pesta muzik ala party rave yang sama bakal diadakan pada hari ini akan turut dibatalkan. World Tour Life in Color Kuala Lumpur yang akan berlangsung di Go Kart Circuit, Sepang International Circuit itu adalah pesta anjuran Future Sound Asia & Zouk Kuala Lumpur yang unik bertemakan paint party disambut di seluruh dunia termasuklah di California, New York, Rio Rancho dan Philadelphia. Dikatakan Life in Color ini adalah paint party yang terbesar di dunia di mana menjemput DJ-DJ yang popular seperti Bate, DJ Formative, Firebeatz, Goldfish & Blink dan ramai lagi.
Antara yang membantah konsert ini ialah Pemuda PAS Selangor. Tidak dapat dinafikan ada yang berpendapat dengan muzik trance dan gaya persembahan serta konsep pesta ini yang nampak begitu keterlaluan sehingga ada yang berpakaian sepah bogel kemungkinan besar pasti akan ada pengunjung yang khayal serta dipercayai akan ada pengambilan dadah untuk memastikan diri mereka sentiasa bertenaga dan tidak letih.
Apa yang uniknya, pesta muzik ini bukan sekadar muzik malah menggunakan warna sebagai satu tema konsert ini berlangsung. Jika dilihat dalam sebuah video promo di Youtube, pesta muzik trance ini memberikan gambaran yang jelas tentang apakah yang akan berlaku. Anda boleh saksikan sendiri.
Budiey perhatikan di laman sosial media sekarang ini, ramai yang membantah penganjuran ini setelah apa yang telah menimpa remaja di FMFA minggu lalu. Ramai yang berpendapat, sudah tiba masanya kerajaan atau menteri agar menapis dulu setiap permohonan untuk mengadakan konsert yang melalaikan seperti ini.
Ada banyak sebab mengapa konsert ini seharusnya dibatalkan. Pertama, ketika mana kita semua sedang bersedih dengan kehilangan MH370 yang masih menjadi misteri. Kata mereka, kerajaan jangan terlalu ghairah untuk menggamit kunjungan pelancong dari luar negara semata-mata dengan penganjuran pesta muzik liar seperti ini. Tak kurang ada yang menggesa supaya konsert ini tidak memberi faedah langsung kepada negara yang menjadi agama Islam sebagai agama rasmi.
Apa-apa pun belum ada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh penganjur Future Sound Asia dikeluarkan.
ARTISMELETOP sebagai pemerhati dalam dunia seni hiburan turut menyokong pesta muzik ini dibatalkan. Apa pendapat anda semua dalam hal ini?