TEKA-teki mengenai hubungan asmara antara penyanyi terkenal, Rihanna dan Drake akhirnya terjawab apabila mereka dikatakan sah bercinta.
Malah, pasangan ini semakin terbuka berbicara mengenai hubungan tersebut dan turut tampil mesra di khalayak ramai.
Tambah Rihanna atau lebih mesra di sapa Riri, Drake adalah lelaki terbaik yang pernah dia kenali.
"Layanannya adalah layanan yang paling baik berbanding lelaki yang saya kenal sebelum ini.
"Malah, hubungan ini akan terus kekal hingga ke fasa yang seterusnya," kata penyanyi lagu Russian Roulete ini.