Rita Rudaini Beri Kata-Kata Semangat Kepada Isteri Kekasih Hanez Suraya



Hujung minggu lalu kita semua digemparkan dengan pendedahan seorang wanita yang mendakwa dirinya isteri kepada kekasih atau bakal suami, Hanez Suraya.

ARTISMELETOP pun terkejut kerana sebelum itu Hanez ada menafikan kekasihnya itu suami orang dan hanya berstatus duda kepada 2 orang anak.

Wanita yang menggelarkan diri sebagai Liyana itu memberitahu media yang dia kecewa dengan tindakan Hanez yang dikatakan merampas suaminya hingga menyebabkan rumahtangganya hampir retak.

Ramai juga yang prihatin dengan nasib Liyana dan tak kurang juga yang mengecam tindakan Hanez itu.

Selain itu, ARTISMELETOP dapat tahu pelakon, Rita Rudaini juga turut bersimpati dengan Liyana kerana merasakan nasib mereka sama apabila suami dirampas wanita lain.

Dalam laman sosial instagram Rita turut memberi kata-kata semangat supaya Liyana terus bersabar dengan ujian yang dihadapinya.




Entri pertama Rita kepada Liyana di laman sosial adalah seperti berikut:

"Dear @liyanamana don't worry dear, Allah akan tolong insan yang dianiaya dan teraniaya, kalau apa2 saje hak milik orang lain jangan ambik, klu nak ambik jugak minta izin...klu tanpa izin dan redha orang itu, insyaAllah Allah telah janjikan bahagian untuk mereka itu. Cuma jangan putus berdoa pada Allah. Doa orang teraniaya tiada hijab...amin"

Rita sekali lagi menulis kepada Liyana dalam laman Instagram miliknya, berbunyi:

"Dear @liyanamanan, sabarlah wahai sahabatku, berdoa banyak2 padaNya. Saya sangat sedih, jaga anak2 mu sebaiknya, kuat demi anak2. Allah sentiasa bersama kita"

Daripada ayat yang ditulis ARTISMELETOP dengar seperti mereka ini berkawan kerana di laman sosial mereka saling follow. Malah Rita juga menggelarkan Liyana sebagao sahabatnya.

Jika benar apa yang diceritakan oleh Liyana, ARTISMELETOP turut bersimpati tetapi ARTISMELETOP haruslah mendengar cerita dari sebelah pihak pula iaitu Hanez.

ARTISMELETOP dengar esok Hanez akan tampil menerangkan segalanya kepada media dalam satu sidang media. Jadi sama-sama kita nantikan ya!
Previous Post Next Post