Hanez Suraya Jawab Isu Rampas Suami Orang Malam Ini



Nama aktres Hanez Suraya tiba-tiba menjadi hangat baru-baru ini apabila timbul kontroversi kononnya dia didakwa berbohong yang bakal suaminya itu adalah seorang duda.

Ini berikutan timbul dakwaan dari individu yang mengaku bahawa dia adalah isteri kepada kepada kekasih aktres itu yang hanya dikenali sebagai `R`.

Keadaan bertambah hangat apabila isteri kepada teman lelakinya itu meluahkan rasa kecewa menerusi akhbar mingguan yang mendakwa memiliki gambar-gambar mesra percutian mereka di Bangkok, Thailand.

Selain itu, bekas kekasih kepada Awi Rafael turut berdepan dengan kritikan dan tohmahan dari peminat dan orang ramai menerusi laman sosialnya.




Justeru bagi menjernihkan keadaan dan memberi penjelasan penuh, program MeleTOP telah menjemput pelakon kelahiran Kuala Lumpur ini untuk menjelaskan situasi sebenar yang telah berlaku.

Selain Hanez, turut hadir sebagai artis jemputan MeleTOP malam ini ialah pengarah terkenal, Afdlin Shauki dan pelakon yang semakin meningkat naik, Izzue Islam.

Sedia maklum, mereka berdua merupakan antara barisan pelakon yang membintangi filem ‘Kami Histeria’ yang telah berada di pawagam sejak 6 Februari 2014 yang lalu. Filem arahan Shamyl Othman ini mengisahkan “girl band” yang dianggotai oleh Laila (Diana Danielle), Peanut (Nad Zainal), Bad (Sara Ali), Airin (Mila Jirin) dan Jojo (Umie Omar) yang cuba mengejar kemahsyuran walaupun dengan cara yang salah.

Afdlin Shauki dan Izzue Islam akan berkongsi pelbagai kisah menarik tentang filem ini selain perkembangan terbaru mereka.

Lebih menarik program MeleTOP malam ini akan membawakan para penonton band yang diterbangkan khas dari Indonesia. Mereka akan membuat persembahan secara live dengan lagu ‘Masih Mencintaimu’ dan berkongsi lebih lanjut tentang album mereka dengan para penonton.

Jangan lupa untuk menyaksikan program MeleTOP episod 70 malam ini bermula jam 10 malam di saluran Astro Ria (104) dan Maya HD (135).
Previous Post Next Post