Rozita akan buat kenduri rai kejayaan anak



Pelakon dan pengacara Rozita Che Wan, 41, hari ini berkongsi berita gembira mengenai keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) anak sulungnya Ammar Effendy,18.

Menerusi gambar yang dikongsi melalui laman Instagram miliknya itu, menunjukkan Ammar mendapat keputusan cemerlang dengan 8 A.

Bagaimanapun Rozita yang kini sibuk dengan rakaman program Primadona tidak dapat menjawab sebarang panggilan telefon untuk mengesahkannya.

BACA: Anak Rozita Che Wan Dapat Keputusan Cemerlang SPM




Sementara itu suaminya, Zain Saidin, 30, ketika dihubungi ARTISMELETOP, memberitahu sebagai bapa tiri, dia turut bangga dengan pencapaian Ammar.

"Saya bangga dengan Ammar, sehari sebelum menerima keputusan SPM, Ammar kelihatan agak berdebar berbanding isteri saya.

"Kami akan buat kenduri kesyukuran, selain itu Ammar juga pernah memberitahu mengenai hasratnya untuk menyambung pengajian dalam bidang perbankan di luar negara," katanya.
Previous Post Next Post