Rozita Che Wan Sah Hamil



Menerusi akaun Instagramnya, pelakon dan pengacara, Rozita Che Wan mengesahkan dirinya hamil selepas hampir tiga bulan melayari bahtera rumah tangga bersama suaminya, Zain Saidin.

Che Ta telah berkongsi foto alat ujian kehamilan yang menunjukkan keputusan positif dengan status;

"Alhamdulillah.. syukur dengan nikmat mu ya Allah.. amin."

Tahniah ARTISMELETOP ucapkan kepada Che Ta dan Zain. Semoga berita gembira ini akan memancarkan lagi sinar kebahagiaan mereka sekeluarga.




Previous Post Next Post