Rozita Che Wan sahkan kehamilan menerusi Instagram


Akaun Instagram Rozita yang mengesahkan beliau hamil.

KUALA LUMPUR: Pelakon, Rozita Che Wan, 41, mengesahkan kehamilan menerusi Instagram, kira-kira jam 3 petang tadi namun tidak memberikan sebarang butiran lanjut.

Isteri kepada Zain Saidin itu berkongsi gambar alat ujian kehamilan yang menunjukkan dua garisan biru di laman sosial peribadinya selain menyelitkan luahan kegembiraan.




"Alhamdulillah, syukur dengan nikmat-Mu ya Allah. Amin," katanya pada paparan gambar yang dimuat naik di laman berkenaan, sekali gus mendapat hampir 9,000 likes dan 900 komen peminat hanya dalam tempoh dua jam.

Rozita yang meraikan ulang tahunnya, semalam, berkahwin dengan Zain, 30, pada 12 Disember tahun lalu.

Menerusi perkahwinan pertama, aktres berkenaan dikurniakan dua anak lelaki, Ammar Effendy, 18, dan Aniq Ezzra, 16.
Previous Post Next Post