YoonA cemburukan Suzy?



AHLI kumpulan Girls Generation, YoonA mendedahkan satu rahsia mengenai hubungannya dengan Lee Seung Gi dalam program Healing Camp baru-baru ini.

Menurut YoonA saat berita percintaannya beredaran di media, dia merasa sangat malu dengan ahli kumpulan yang lain. Dek kerana itu dia menghantar mesej kepada semua ahli Girls Generation untuk memohon maaf.




Bukan itu sahaja, YoonA juga menafikan dakwaan dia mencemburui Suzy Miss A kerana penyanyi itu sebelum ini dilaporkan rapat dengan kekasihnya itu.

“Ini sama sekali tidak benar. Saya tidak pernah mencemburui mereka dan faham situasi mereka kerana mereka bekerjasama. Saya sendiri sebenarnya terkejut bagaimana berita ini beredaran,” katanya.
Previous Post Next Post