Amanda Misbun Mengandung 3 Bulan!



Tahniah ARTISMELETOP ucapkan buat pelakon terkenal, Amanda Misbun yang kini sudah pun mengandung tiga bulan. Berita tersebut diakui sendiri oleh Amanda ketika bertemu MH beberapa hari lalu.

"Alhamdulillah sudah rezeki saya dan suami agaknya. Saya tidak mempunyai masalah alahan yang teruk sepanjang tiga bulan usia kandungan. Cuma, sejak kebelakangan ini pinggang saya sedikit lenguh tetapi saya perlu kuatkan diri untuk habiskan penggambaran drama yang melibatkan saya. Saya dijangka bersalin pada penghujung Disember tahun ini," ujar Amanda yang baru sahaja menamatkan penggambaran sebuah telemovie raya baru-baru ini.

Amanda mendirikan rumah tangga dengan suaminya, Hairulzain Fauzi pada bulan Mac yang lalu.


Previous Post Next Post