Noryn Aziz Hamil Empat Bulan



Selepas empat tahun melayari bahtera rumah tangga, penyanyi Noryn Aziz dan suami, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad menerima perkhabaran gembira apabila dirinya disahkan hamil empat bulan.

"Sebelum ini macam-macam cara saya dan suami ikhtiar untuk mendapatkan zuriat namun tidak berjaya. Alhamdulillah usaha dan doa kami berdua akhirnya membuahkan hasil dan saya kini sedang hamil empat bulan dan dijangka bersalin pada September depan," ujar Noryn yang dipetik daripada sebuah portal berita.




Dalam pada itu, Noryn juga mengakui tidak mengalami alahan teruk sepanjang kehamilannya. Namun, dia cepat berasa penat sehingga terpaksa memperlahankan urusan sehariannya.

Tahniah ARTISMELETOP ucapkan kepada Noryn dan suami. Semoga Noryn dapat melalui proses kehamilan dengan lancar dan seterusnya melahirkan zuriat yang sihat dan comel.

Previous Post Next Post