Baby Perempuan Ashraf Muslim Masih Ditahan Wad?



Meksipun anak sulung Ahsraf Muslim sudah selamat dilahirkan pada 5 April lalu, namun ada rakan ARTISMELETOP memberitahu yang bayi perempuannya itu masih lagi ditahan di wad.

ARTISMELETOP risau juga pada mula bila diberitahu khabar itu. Lantas ARTISMELETOP minta penjelasan dari rakan tersebut yang kebetulan baru sahaja menghubungi Ashraf atas urusan perniagaan.




Rupanya, anak yang dilahirkan oleh isteri kedua Ashraf iaitu Wan Sakinah itu ditahan kerana mengalami penyakit kuning. Rakan ARTISMELETOP itu yang sudah punya anak itu juga berkata memang kebiasaan bayi boleh dapat penyakit kuning.

Barulah ARTISMELETOP menarik nafas lega. Ingatkan anaknya itu dijangkiti penyakit serius, yelah baru sahaja lahir pasti kasihan kalau ada jangkitan penyakit.

Apa-apa pun,ARTISMELETOP harap agar Ashraf dan Wan Sakinah sabar menjaga anak sulung mereka itu semoga dia cepat sembuh dan dapat melalui hidup sebagai bayi yang normal.

ARTISMELETOP: Ramai teman-teman yang kurang sihat sekarang.
Previous Post Next Post