Juliana Evans Kena Kecam Seksi Ketika Jadi Model Catwalk



Jauh di mata dekat dihati, agaknya begitulah mungkin perasaan para peminat kepada Juliana Evans yang kini berada di Amerika Syarikat menyambung pelajaran di sana. Mana tidaknya, para peminat kepada pelakon berdarah kacukan ini telah meluahkan rasa tidak senang mereka melihat aktiviti pelakon ini di sana.

ARTISMELETOP sempatlah menjengah ke Instagram milik aktres ini yang mana dia telah dikatakan menyertai sebuah pertunjukan fesyen bagi kursus rekaan fesyen di universiti yang mana dia belajar kini. Hmm pada pandangan ARTISMELETOP melihat foto-foto ini tiada masalah dengan aktiviti yang dilakukannya ini kan?

Tetapi sudah menjadi lumrah kepada artis yang menjadi hak milik umum, Juliana tidak terkecuali dikecam kerana berpenampilan seksi. Ada juga yang tidak berkenan dengan gaya tudungnya itu yang dikatakan seolah tidak sensitif dengan agama sendiri.




Mungkin setiap orang berbeza pandangan dan pendapat. Tetapi ARTISMELETOP rasa gaya Juliana yang begini ketika di Malaysia pun kita pernah tengok. Lagipun dia di sana sendirian sudah lama, pastinya dia tahu nak menjaga diri kan?

Apa-apa pun tepuk dada tanya selera, pasti ada juga yang suka tengok Juliana pakai seksi kan. Tak ada kerja lain nak cuti mata sahaja, oops!

ARTISMELETOP: Cerita Shahz Jaszle kantoi ketika khalwat katanya pakai boxer? Ish melampau...
Previous Post Next Post