Dato Shiela Majid Jayakan Konsert Amal Untuk Yayasan IJN



Ratu jazz negara, Dato` Sheila Majid bakal menjayakan sebuah konsert dan majlis makan malam amal pada 4 Mei ini bagi meraih dana untuk membantu pesakit miskin dan kurang berkemampuan yang mendapatkan rawatan di IJN.

Majlis yang akan berlangsung pada jam 7.45 petang di Grand Ballroom, Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur itu adalah anjuran Yayasan Institut Jantung Negara (IJN) yang merupakan sebuah badan bukan keuntungan di bawah naungan oleh YA Bhg. Datin Seri Rosmah Mansor.

Pada tahun 2013, di bawah Program Bantuan Pesakit Yayasan IJN, Yayasan IJN membelanjakan sejumlah RM3 juta bagi membantu membiayai kos pembedahan dan rawatan seramai 86 pesakit jantung di IJN. Daripada jumlah ini, 43 orang adalah pesakit dewasa dan 43 lagi adalah pesakit pediatrik/kanak-kanak.




Penyakit jantung merupakan salah satu punca utama kadar kematian di Malaysia dan ianya melibatkan kos yang tinggi. Dengan sebab itu, Yayasan IJN menjalankan pelbagai aktiviti pengumpulan dana bagi memastikan dana sentiasa mencukupi apabila ianya diperlukan.

Aktiviti kumpulan dana bagi Majlis makan malam amal ini dilakukan dengan menawarkan pelbagai pakej penajaan dan juga melalui penjualan meja dan tiket. Yayasan IJN merayu sokongan pihak Korporat dan individu untuk menyokong majlis ini dengan membeli meja yang dijual pada harga RM3,000, RM5,000, RM8,000 dan RM10,000. Tiket individu juga boleh diperolehi dengan harga dari RM320 hingga RM1,020.

Dana yang dikumpulkan akan disalurkan kepada Program Bantuan Pesakit, Yayasan IJN bagi membantu pesakit miskin dan kurang berkemampuan di IJN.

Semua sumbangan, pembelian meja dan tiket kepada Yayasan IJN adalah dikecualikan dari cukai.

Untuk tempahan dan maklumat lanjut, sila hubungi:

Fakhrulrazi Muhthar – Eksekutif Kutipan Dana dan Komunikasi, 03-2617 8312 / 019-990 6490

atau Ritzzawati Rosli, Pengurus, 03-2617 8315 / 017-361 6226. Anda juga boleh membuat tempahan menerusi link ini: http://bit.ly/MURAI_AG_IJN
Previous Post Next Post