Sejak berkahwin dengan pemain bass CRK iaitu Eddie Ghazali, ARTISMELETOP lihat kehidupan produser filem, Raja Azmi Raja Sulaiman yang kini sudah bergelar penerbit konsert bukan saja semakin tenang tetapi juga bahagia di samping keluarganya.
Malah, senyuman juga sentiasa terukir di wajah Raja Azmi sejak majlis pernikahan serta resepsi perkahwinannya itu diadakan di Laman Beringin, Istana Budaya pada 13 Oktober tahun lalu.
Bercakap tentang Raja Azmi, seorang teman memberitahu, dia telah dihubungi produser filem tersebut. Selain bertanya khabar, Raja Azmi juga turut berkongsi perkembangan terbaru tentang dirinya.
Dengan nada yang penuh gembira, Raja Azmi memberitahu bahawa dia kini sudah pun hamil. Mendengar saja perkhabaran tersebut, teman ARTISMELETOP terus menjerit kegembiraan. Tumpang happy.
Katanya, tahniah Kak Mi (panggilan mesra untuk Raja Azmi). Tahniah sebab bakal dapat baby dengan abang Eddie. Kak Mi dengan malu-malu pula berkata, rezeki....
So, teman ARTISMELETOP pun sibuklah bertanya sama ada perkhabaran itu sudah pun diketahui oleh anak-anak, suami serta ibu dan adik-beradiknya.
Sebaik saja teman ARTISMELETOP bertanya soalan tersebut, akhirnya terhamburlah tawa yang berdekah-dekah daripada Raja Azmi. Kata Raja Azmi, I tak sangka ramai yang percaya. Anyway it's April Fool...!
Si teman yang pada mulanya terpinga-pinga ini kemudian terus ketawa dengan tak semena-mena. "Alamak Kak Mi saya lupa hari ini adalah April Fool (1 April)," katanya.
Wah! Nampaknya ramai yang kena April Fool dengan Raja Azmi disebabkan berita kehamilannya itu. Anyway, kalau Raja Azmi betul-betul hamil pun, apa salahnya kan?
ARTISMELETOP: Tak sabar tunggu persembahan Shila dalam final I Am A Singer pada malam Jumaat ini.