Gajah Protes Kim Mahu Ambil Selfie



Phuket – Tidak semua sukakan Kim Kardashian. Gajah ini adalah salah satu daripadanya.

Ketika Kim mahu mengambil selfie, yang memaparkan dia memakai bikini dan menyerlahkan badannya yang ramping selepas bersalin, gajah itu menunjukkan protesnya.

Binatang itu mengangkat belalainya dan cuba menyentuh Kim, yang ketika itu sedang bercuti di Thailand bersama dengan keluarganya.

Tindakan gajah itu menyebabkan Kim terkejut dan melarikan diri sambil menjerit.




Ibunya, Kris yang berada di belakangnya ketawa berdekah-dekah menyaksikan anaknya itu `dibuli’ gajah berkenaan.

Percutian keluarga berkenaan banyak dihabiskan dengan bergambar dan berjemur selain memanjat gunung dan hutan di Thailand.

Keluarga Kardashian itu bagaimanapun tidak disertai oleh tunang Kim, Kanye West.

Selain itu, Kourtney bersama pasangannya, Scott Disick, juga tidak menyertai mereka.
Previous Post Next Post