IU lancar album saduran



Seorang lagi artis yang akan kembali ke persada muzik Korea ialah IU. Pada 10 April lalu, Loen Tree mengumumkan IU akan melancarkan album saduran lagu hit sepanjang zaman dan mengadakan konsert solo, Mei ini.

Konsert solo pertama akan diadakan pada 22 Mei di Dewan Mary Universiti Sogang dan ia akan diadakan sebanyak lapan kali bermula 22 Mei hingga 1 Jun depan.




Konsert diberi nama Just One Step Closer diambil daripada lagu nya­nyiannya, Every End of the Day.

Loen Tree berkata, perkara penting mengenai konsert ini ialah komunikasi, di mana peminat dan IU dapat berinteraksi dengan lebih dekat.
Previous Post Next Post