Waktu malam atau penghujung hari biasanya menjadi titik penamat kepada ‘mood’ gembira kita selepas seharian bekerja dan pada waktu itu juga tenaga tidak seaktif seperti siang hari.
Namun ia terbalik buat Megan Tan, Brandon mahupun Nadia Nash yang harus menggamatkan suasana mengendalikan program bual bicara pendek 8TV Quickie setiap malam di saluran 8TV.
Bayangkan dalam pada individu lain hanya menanti saat melelapkan mata ataupun beristirahat, pada waktu sebegitulah pula tiga pengacara itu kena tonjolkan ekspresi ceria yang membuak-buak.
Apapun, merekalah sebenarnya kekuatan di sebalik program bersiaran setiap jam 9.30, 10.30 dan 11.30 malam itu apabila wajah serta mood ceria itulah dinantikan pengikut 8TV Quickie saban malam.
Tampil dengan lebih kelainan bermula malam ini termasuklah rombakan set dan konsep kandungan program, menyertai kerusi hos kali ini, jejaka kelahiran London, United Kingdom (UK) iaitu Mark bakal melengkapkan program itu.
Pastinya lebih menarik, apa lagi selain Megan yang sudah lima tahun menyerikan program terbabit, wajah baru ini tentu ada kelebihan sendiri seiring konsep sentiasa segar 8TV Quickie.
Program yang sering menjadi batu loncatan pengacara baru membina nama itu setakat ini sudah melahirkan hos disegani termasuklah Marion Caunter, Henry Golding, Zher Peen, Phat Fabes, Rina Omar dan ramai lagi.
Berbalik kepada kisah empat peneraju baru itu, ternyata isu mahu tampil ceria setiap kali bersiaran turut dirasai jejaka kelahiran Shah Alam, Selangor, Brandon.
Menurutnya, ada waktunya situasi emosional tidak mampu dielakkan sebelum bersiaran, namun demi memastikan penonton terhibur, dia harus mengetepikan sementara kerisauan atau perasaan seumpama itu.
“Semuanya berbalik kepada profesionalisme diri sendiri. Masa yang diberikan berada di atas kerusi itu hanya 15 minit dan memang kena lakukan yang terbaik serta menganggap tiada apa-apa yang berlaku,” kata jejaka berusia 21 tahun itu.
Apa yang pasti, dengan tiket menjadi hos program itu juga membuka peluang buat Brandon keluar dari Malaysia apabila selama ini dia langsung tidak pernah menjejakkan kaki ke luar negara.
“Genap setahun bersama 8TV Quickie, macam-macam pengalaman sudah saya timba termasuklah bertemu David Beckham serta menyaksikan secara langsung persembahan Alicia Keys.
“Namun paling saya bersyukur apabila selama ini hanya tinggal di Malaysia, akhirnya berpeluang juga ke luar negara melakukan tugasan termasuklah ke Macau dan buat pertama kali merasai sendiri pengalaman membuat pasport,” katanya.
Megan rasa masih baru
Menjadi yang paling lama antara empat hos itu, Megan, 25, pula masih tidak percaya sudah lima tahun lamanya dia mengendalikan program berkenaan.
Sepanjang tempoh itu juga, dia sudah bekerja dengan ramai hos lain seperti Naqib, Julie Woon, Zher dan Prem, maklumlah pengacara 8TV Quickie sentiasa silih berganti.
Dia juga tidak menafikan berasa sedih apabila terpaksa melepaskan pemergian rakan lain dan bermula semula mengatur keserasian dengan hos baru, namun semua itu cabaran terbaik buatnya.
“Sukar hendak melepaskan mereka apa lagi keakraban itu sudah terasa. Apapun, saya tidak mahu mengikut perasaan sangat dan jelas tidak sukar menjalin keserasian dengan hos baru.
“Bekerja dengan ramai hos, amat tidak adil kalau saya bandingkan hos yang sebelum ini dengan yang ada sekarang kerana masing-masing membawa aura sendiri serta paling penting untuk terus menghidupkan program ini,” katanya.
Nadia berhenti kerja demi 8TV Quickie
Bagi Nadia Nasharuddin atau Nadia Nash, 27, keputusannya menyertai program itu disifatkan antara perkara terbaik berlaku dalam hidupnya.
Biarpun mungkin pada usia sebegitu dia baru hendak bermula, namun yang penting kini dirinya lebih bebas dan seronok melakukan kerjaya idamannya sejak dulu.
Pernah bertugas dalam kerjaya perbankan, hati kecil Nadia dari dulu sebenarnya menginginkan kerjaya dalam bidang penyiaran sehinggalah berpeluang menjadi hos 8TV Quickie.
“Walaupun mulanya agak ragu-ragu untuk meneruskan impian itu, saya bagaimanapun nekad berhenti kerja. Syukur semuanya berbaloi dengan pelbagai pengalaman hampir setahun dengan program ini, saya sudah melihat sinar kerjaya dalam penyiaran.
“Misi saya selepas ini bukan saja memantapkan pengacaraan, malah mahu belajar aspek teknikal produksi kerana bercadang terbabit di belakang tabir pula pada masa hadapan,” katanya.
Mark jatuh cinta pada Malaysia
Bermula daripada menjadi anggota band berpangkalan di sini, The London Boys, Mark O’Dea, 22, pula melihat masa depan yang sangat cerah buatnya terbabit dalam industri hiburan Malaysia.
Mark berpeluang menyertai program berkenaan apabila pada tahun lalu dia menjadi tetamu jemputan dan sebenarnya dari saat itulah dia menyimpan niat menjadi sebahagian daripada 8TV Quickie.
“Saya sangat seronok sewaktu dijemput dalam program itu dan kekal berhubung dengan pihak produksi. Apabila mendapat tahu mereka mencari orang baru, saya tidak mahu melepaskan peluang dan gembira terpilih,” katanya.
Tidak melihat isunya sebagai warganegara UK sebagai penghalang, Mark juga sebaliknya bercadang akan berada lama di Malaysia untuk membina kerjaya di sini.
“Saya sudah jatuh cinta dan sangat sukakan segala-galanya mengenai Malaysia. Biarpun keluarga saya masih di London, namun saya tidak bercadang mahu kembali ke sana dan lebih selesa di sini,” katanya.
Sementara itu, penerbitnya, Saidatulakmar dan Ahmad Azahari berkata, seiring dengan wajah baru program itu, terdapat beberapa kelainan bakal ditonjolkan terutama skop tugas hos itu sendiri.
“Apa yang pasti, empat hos itu sajalah akan meneraju 8TV Quickie buat masa ini berbanding sebelum ini yang sering bersilih ganti.
“Apapun, bukan setakat duduk studio mengacara saja, selepas ini keempat-empat mereka akan keluar menjalankan tugasan sebagai wartawan penyiaran juga,” kata mereka.