K-Pop Yang Tidak Menjadi Penyebab Luffy Tersingkir Dari The Band



Suka atau pun tidak, peserta program realiti ‘The Band’ terpaksa akur dengan keputusan tegas Ejen The Band dan Luffy merupakan mangsa penyingkiran untuk minggu kedua.

Dengan tema K-pop, enam kumpulan yang dipilih perlu membawakan lagu-lagu popular daripada artis Korea antaranya ‘Fantastic Baby’ nyanyian Bigbang, ‘Ringga Linga’ nyayian Taeyang dan ‘Fiction’ oleh Beast.

Persembahan agak sukar bagi rekrut-rekrut ‘The Band’ kerana mereka terpaksa menyanyi dalam bahasa Korea sambil menari seperti mana persembahan asal artis tersebut.

Sebelum nama Luffy diumumkan, lima lagi peserta yang gagal menambat hati juri adalah Iffah, Mustika, Pam, Qiqil dan Danish Dash.




Bagaimanapun nasib masih berpihak kepada Danish apabila dia masih lagi terselamat daripada tersingkir walaupun ini merupakan kali kedua berada di kedudukan terbawah.

Sementara itu, hanya rekrut lelaki sahaja yang disingkirkan pada minggu ini manakala rekrut wanita pula terselamat.

Rekrut-rekrut telah diadili secara individu oleh Ejen The Band iaitu Datuk Aznil Hj Nawawi, Yusry Abdul Halim dan Syafinaz Selamat serta dihoskan oleh Awal Ashaari.

Konsert The Band bersiaran secara eksklusif pada setiap Sabtu, jam 10.00 malam di Astro Ria (saluran 104) serta siaran serentak di Astro Maya HD (saluran 135).

Manakala Whazzup The Band pula akan bersiaran setiap Jumaat, jam 9.00 malam serta X The Band pada setiap Ahad, jam 10.00 malam.
Previous Post Next Post