DISEBABKAN insiden yang sengaja memperlihatkan payudaranya dalam muzik video Coke Bottle, semakin ramai yang anti dengan penyanyi Indonesia, Agnez Mo.
Muzik video yang turut menampilkan rapper dan produser Timbaland serta T.I itu sengaja mencetuskan kontroversi, untuk memudahkan laluan Agnez Mo di pasaran antarabangsa.
Ia semakin menimbulkan persoalan apabila sehingga kini, tiada usaha daripada syarikat rakaman itu untuk melakukan suntingan semula terhadap muzik video tersebut.
Sejak dilancarkan di Youtube pada 1 April lalu, ia mencecah lebih sejuta tontonan dalam tempoh kurang seminggu. Setakat Rabu lalu, jumlah tontonan adalah sekitar 1,534,185 dan angka ini dijangka terus meningkat naik dari masa ke semasa.
Menurut Kapanlagi.com, Agnez Mo yang ditemui berkata, dia sebolehnya tidak mahu terlalu ambil pusing dengan perkara itu dan sekali gus menafikan sengaja mencetuskan kontroversi .
“Saya tidak mahu komen apa-apa kerana itu tidak benar. Bagi saya, insiden itu bukan satu masalah. Ia bergantung pada penerimaan dan pemikiran masing-masing. Kalau orang melihat ia negatif, maka negatiflah jadinya.
"Kalau sesempurna mana pun sesuatu perkara itu dibuat, ia tetap akan dipandang negatif,” katanya lagi.
ARTISMELETOP: Penampilan Agnes Monica juga tidak sesuai dengan citarasa Asia. Nasib baik tak kena baling dengan selipar heheh