Sisi berbeza Yoochun



RAMAI peminat mengakui ahli kumpulan JYJ iaitu Micky Yoochun, 27, merupakan seorang yang sangat lawak dan peramah walaupun baharu pertama kali berjumpa.

Menurut sumber, ada peminat sanggup menunggu set penggambaran Three Days, semata-mata untuk bertemu Yoochun secara dekat. Malah aktor itu juga dilaporkan teruja melayani peminatnya.




Malah seorang peminatnya yang bernama, Sompi, sangat gembira dapat bertemu dan beramah mesra dengan artis kesayangannya itu.

“Saya sangat terkejut melihat bagaimana Yoochun dapat menghayati wataknya yang serius, sedangkan dia sangat berbeza di luar.

“Mulut dia tak berhenti bercakap. Malah sangat pandai berjenaka," katanya.

Yoochun bukan sahaja pandai menyanyi dan menari, malah dia turut memenangi pelbagai anugerah di Korea Selatan dan Jepun.

Hampir 16 tahun dalam bidang seni, Yoochun turut tersenarai dalam lima selebriti terkaya dan sangat popular di Korea.
Previous Post Next Post