Marcell Hiburkan Peminat Sabah



Berita baik untuk penduduk Sabah, penyanyi popular Indonesia, Marcell bakal menghiburkan peminat setianya dalam satu persembahan eksklusif yang dinamakan 'Malam Cinta'.

Tidak keseorangan, Marcell bakal bergandingan dengan dua penyanyi lain iaitu Fakhrul Razi dari Brunei dan penyanyi Lokman Aslam yang mula dikenali dengan single, 'Aku Cinta Padamu'.




Persembahan yang dianjurkan oleh Cloudworks Entertainment ini akan berlangsung di Magellan Ballroom, Sutera Harbour, Kota Kinabalu, Sabah pada 23 April 2014. Selain dihiburkan dengan persembahan istimewa berdurasi dua jam ini, penonton juga akan disajikan dengan pertunjukan fesyen daripada A’Sutra.

Bertemakan 'Glamour & Sophisticated' persembahan ini pastinya akan mengubat kerinduan peminat Sabah yang sentiasa mengharapkan persembahan terbaik daripada Marcell.
Previous Post Next Post