Pipi Razi & Aidit Paling Popular Dalam HIMbyHatta



Suka atau tidak dua finalis pencarian duta/wajah bagi jenama fesyen HIMbyHatta iaitu Mohd Norafifi Mohd Razi atau Pipi Razi,26 dan Ahmad Aidit,20 (Aidit) adalah antara yang paling popular serta mendapat undian tertinggi setakat ini.

Jumlah undian itu dikenal pasti berdasarkan jumlah ‘likes’ yang diterima di laman Instagram @hattadolmatofficial sejak 15 wajah finalis pertandingan itu diumumkan di laman sosial pilihan ramai itu baru-baru ini.

Pengasas HIMbyHatta, Hatta Dolmat ketika ditemui berkata dia cukup gembira apabila ramai yang mula memilih serta mengundi 15 finalis HIMbyHatta di Instagram rasmi berkenaan dan dari situ dia dapat mengetahui peserta mana yang paling popular.

“Sejak kami memperkenalkan 15 peserta akhir HIMbyHatta, ramai pihak di dalam industri yang mula mendekati mereka dengan menggunakan pihak saya untuk meluaskan kerjaya peserta ini dalam bidang ‘modeling’ mahupun seni.

“Ini merupakan satu perkembangan yang sihat kerana meskipun mereka masih berada di peringkat ini, sudah ada pihak yang berminat untuk mengambil mereka.

BACA: 2 Finalis HIM by Hatta Adalah Dari Thailand




“Tapi apa yang dapat saya katakan kepada mereka, supaya dapat menunggu selepas pertandingan akhir iaitu pada 26 April ini. Barulah kita boleh putuskan apakah yang sesuai buat kesemua finalis ini,” katanya yang tidak sabar menanti kemunculan acara final HIMbyHatta.

Pencarian itu mempertaruhkan dua kategori utama iaitu Peserta Favorite yang dinilai daripada jumlah undian di Instagram dan Wajah HIMbyHatta yang akan dinilai oleh barisan juri profesional pada acara final itu nanti.

Menjadikan acara final HIMbyHatta lebih menarik apabila Hatta Dolmat akan melancarkan koleksi pakaian lelaki sedia pakai (ready to wear) yang akan disarungkan oleh kesemua finalis pada hari berkenaan.

Pada 8 dan 9 lalu, kesemua finalis telah di bawa ke salon rambut Derrick and Team yang berlokasi di Mid Valley untuk merubah penampilan rambut mereka dengan gaya terbaru lagi terkini sesuai dengan raut wajah masing-masing.

Mereka juga telah dipertemukan dengan beberapa pakar dalam bidang berkaitan terutama fesyen dan media untuk memberi tunjuk ajar sebagai persediaan sebelum terjun ke dalam dunia glamor berkenaan.

Sementara itu portal ARTISMELETOP akan menjadi portal rasmi HIMbyHatta dan akan memberikan perkembangan dari masa kesemasa berkenaan pertandingan berkenaan.
Previous Post Next Post