Abishek nafi mahu cerai Aish


ABHISHEK dan Aishwarya Rai.

BARU-BARU ini tersebar khabar angin yang mengatakan pasangan pelakon popular, Abhishek Bachchan dan Aishwarya Rai akan berpisah. Sebaik mendengar perkara tersebut, Abhishek lantas bersuara dan memberi komen mengenainya.

Menerusi akaun Twitter @juniorbachchan, bapa kepada seorang anak itu menafikan sekeras-kerasnya dakwaan dia kini bermasalah dengan isterinya. Dia juga memberitahu langsung tidak terlintas di hatinya untuk bercerai.






Dengan menggunakan ayat yang penuh sindiran di Twitter miliknya itu, Abhishek turut berpesan kepada mereka yang gemar menimbulkan gosip agar menimbulkan cerita tentang dia ingin berkahwin lagi.

"Okey, jadi sekarang saya percaya kalau saya akan bercerai. Terima kasih kerana kamu sudah memberitahu kepada saya! Apakah kamu akan memberitahu kalau nanti saya akan berkahwin lain pula selepas ini," luahnya.

Selama ini, kisah kehidupan rumah tangga pasangan tersebut sering menjadi tumpuan ramai. Bermula dengan masalah yang melanda antara Aishwarya dan ibu mertuanya iaitu Jaya Bachchan tetapi ia langsung tidak menggugat perkahwinan mereka.
Previous Post Next Post