Chris Brown dipenjara atas kesalahan langgar syarat percubaan



Penyanyi yang selalu menimbulkan masalah, Chris Brown mengaku bersalah pada Jumaat atas kesalahan melanggar syarat yang ditetapkan dalam tempoh percubaannya dan dikenakan hukuman setahun penjara di Los Angeles.

Bagaimanapun, hukuman terhadap Brown telah dipendekkan selama 8 bulan untuk tempoh itu.

Hakim turut memperbaharui tempoh percubaan Brown dan dilanjutkan sehingga Januari 2015 selepas penyanyi tersebut mengakui melanggar syarat-syarat pembebasannya yang bersangkut-paut dengan serangan ke atas bekas kekasihnya, Rihanna, lima tahun lepas.

Brown turut menghadapi tindakan undang-undang ke atas pergaduhannya dengan seorang lelaki di Washington DC, dan telah berada di dalam tempoh percubaan sejak tahun 2009.






Brown, 24, dan pengawal peribadinya, Chris Hollosy, 35, didakwa menumbuk seorang lelaki pada Oktober lalu di luar hotel Washington selepas penyanyi itu menolak permintaan lelaki tersebut untuk bergambar.

Di California, dia ditahan pada March selepas dikeluarkan dari pusat rehab di Malibu, kerana dilaporkan menggunakan pisau dan pistol dalam satu sesi terapi.

Brown kini kembali ke Washington untuk status perbicaraan pada 25 Jun.

Jika sabit kesalahan, Brown boleh dipenjarakan sehingga enam bulan.

Selain menyanyi, Brown juga seorang penari dan pelakon serta pernah memenangi Grammy untuk album R&B terbaik pada tahun 2012.
Previous Post Next Post