
BUKAN tidak ada orang yang bertanyakan keputusannya untuk menyanyi sejak akhir-akhir ini. Bukan dia tidak biasa mendengar kata-kata segelintir pihak yang masih ragu-ragu dengan kemampuan dirinya.
Bagi Nazim Othman walaupun acap kali dia mendengar pihak-pihak lain melontarkan rasa tak percaya dan kurang senang terhadap keputusan untuk menyanyi, itu langsung tidak mematahkan semangatnya.
Saya tak ada masalah kalau orang ragu-ragu dengan bakat saya. Ini masa untuk saya membuktikan kemampuan diri tambahan pula masih ramai peminat yang memberikan semangat.
Jangan perkecil niat saya selagi orang luar tak dengar lagu tersebut dulu. Dengar dulu kemudian baru boleh buat penilaian sama ada produk saya okey atau tidak.
Yang membuatkan saya pelik bila orang tak memberikan ruang untuk melihat dan mendengar sendiri produk saya tapi terus membuat penilaian kurang manis," jelas lelaki ini.
Meskipun begitu, Nazim tidak sesekali mengambil pusing cakap-cakap negatif tersebut demi merealisasikan impiannya bergelar penyanyi rakaman.
Mengambil contoh kegigihan ikon lain seperti Bill Gates dan Donald Trump yang pernah gagal beberapa kali sebelum berjaya, Nazim menjadikan mereka sebagai inspirasi untuk berjaya.
Baginya dalam usia 30 tahun pastinya dia perlu berbuat sesuatu di luar ruang lingkup selesa untuk terus mengejar cita-cita menjadi anak seni yang serba boleh.
Tidak betah untuk bergelar pelakon selama-lamanya, Nazim mahu bakat seni yang mengalir di dalam dirinya turut digunakan ke jalan lain seperti menyanyi dan mengacara.
Dalam hidup kita kena ada titik perubahan bila tiba di satu peringkat. Seperti juga saya melihat usia 30 sebagai satu titik untuk berubah atau mencari variasi dalam kerjaya.
Perubahan-perubahan inilah yang akan menentukan siapa saya dikemudian hari. Saya tidak menolak kemungkinan mengurangkan kemunculan sebagai pelakon dan dalam yang sama menumpukan bidang lain seperti nyanyian, pengacaraan dan perniagaan ," tegasnya kepada Pancaindera, Terbaru dia baru sahaja siap merakamkan lagu Destinasi.
Nazim juga mengakui menghabiskan puluhan ribu ringgit untuk pembikinan video muzik dan pastinya jumlah tersebut cukup besar dilaburkan kepada produk terbarunya itu.
Tidak menganggap perkara tersebut sebagai satu pembaziran, Nazim menegaskan itu merupakan pelaburan kepada kerjayanya dan dia tidak akan sesekali menyesal mengeluarkan wang sebanyak itu.
Ini bonus kepada peminat (klip muzik). Bukan kos yang menjadi isu utama. Kalau nak buat sesuatu saya akan pastikan perkara tersebut berjalan lancar dan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan.
Mungkin ada beranggapakan jumlah tersebut mahal. Kos itu termasuklah proses rakaman lagu, pembikinan video muzik dan kelas tarian yang saya hadiri. Saya tak boleh berkompromi dengan soal kualiti tertutama melibatkan produk sendiri," jelasnya lagi.
Melihatkan perkara tersebut Nazim tidak menafikan yang dia memang seorang lelaki yang menitikberatkan soal kualiti dalam setiap aspek dalam pembikinan apa sahaja projek yang melibatkan dirinya.
Baginya soal kerja tiada kompromi terutama melibatkan soal masa dan kualiti produk memandangkan perkara tersebut menjadi asas kepada kejayaannya selama ini.
Dalam apa-apa pekerjaan sekalipun soal disiplin dan kualiti memang menjadi keutamaan memandangkan itu merupakan kunci kepada sesebuah kejayaan," tegas pelakon yang berasal dari Johor ini.
Menyentuh tentang perkembangan terbaru pula, dia bakal ke Amsterdam untuk penggambaran drama bersiri Seharum Rindu bersama Elfaiza Ul Al Haq dan Shiqin Kamal sedikit masa lagi.
ARTISMELETOP: KALAU NAK MENYANYI NI KENA ADA BAKAR DIK, KALAU TIDAK TAK KEMANA LA JAWABNYA