
Walaupun teruk dihentam peminat di laman sosial instagram tapi mereka mempertahan gambar tersebut
KALAU sebut sahaja nama Rozita Che Wan memang sejak dulu lagi dia memang selalu menjadi perhatian masyarakat dengan berita-berita yang menarik.
Syed ingatkan selepas berkahwin ini nama Che Ta tak akan sepanas masa sebelum berkahwin tapi sebaliknya berlaku apabila orang masih lagi mencari cerita-cerita sensasi pelakon ini bersama suaminya Zain Saidin.
Rasanya ramai yang masih ingat bila gambar mesra Che Ta dengan Zain heboh dikecam peminat beberapa minggu lalu. Walaupun teruk dihentam peminat di laman sosial instagram tapi mereka mempertahan gambar tersebut.
Terbaru ada sekeping lagi gambar pasangan ini berkucupan di Paris menjadi perdebatan hangat di media sosial. Ala, kenapa nak kecoh-kecoh sampai ada yang kutuk macam-macam pada Che Ta.
Yang tak tahannya bila Che Ta 'sembur' peminat mempertahankan mengapa rambut suaminya diwarnakan. Pedas juga ayat yang Che Ta tulis kepada para peminat yang mempersoalkan perkara tersebut.
Gambar berkucupan macam tu apa nak hairan sangat tambahan pula mereka suami isteri. Kalau nak bercakap soal sentimen agama atau bangsa rasanya gambar macam ni bukan sesuatu yang pelik bagi masyarakat Malaysia ni.
Banyak lagi artis lain yang lebih 'hebat' daripada mereka. Yang tak kahwin berpeluk, yang bergambar dengan arak dan tak kurang juga gambar tak senonoh dipapar kepada umum.
Pada Syed peminat pun satu, kalau tak suka jangan tengok, jangan ikut artis yang mereka rasa memberikan pengaruh tak baik pada diri sendiri.
Syed tengok peminat kita ni kalau berhujah bukan main hebat dan macam berlumba-lumba nak menegur artis yang buat kesalahan dan komen yang ditinggalkan berbaur kecaman.
Kalau tak suka boleh 'unfollow' mereka dan setidaknya mereka tak bergaduh sesama sendiri. Jangan merumitkan keadaan dengan berlumba-lumba nak hentam artis yang hebat macam Che Ta.
Sabarlah Che Ta, nak jadi ikon masyarakat ni memang perlukan ketabahan. Setidak-tidaknya Che Ta membuktikan kata-kata negatif peminat tak menjadi kudis langsung kepada dirinya.
ARTISMELETOP: KALAU NAK KONTROVERSI SANGAT LETAK JE LA GAMBAR BOGEL HABIS CERITA