Sharifah Aini keluar masuk hospital sejak 5 bulan lalu akibat H1N1



Penyanyi Datuk Sharifah Aini, 61, reda jika dijemput Allah pada bila-bila masa ekoran masalah kesihatan yang dihadapinya sekarang.

Beliau kini menerima rawatan di sebuah hospital swasta kerana paru-parunya dijangkiti kuman.

Kita tidak tahu bila dan di mana kita akan meninggal dunia dan jika ini takdir Allah, saya terima dengan hati yang damai dan tenang.

Hanya satu saya pinta, doakan saya berakhir dalam khusnul khotimah (meninggal dunia dalam keadaan baik). Di kesempatan ini juga, saya ingin memberitahu pada semua bahawa saya amat menyayangi dan menghargai kasih sayang serta doa daripada anda semua, katanya di laman Facebook yang dimuat naik sejak dua hari lalu.






Bagaimanapun sewaktu dihubungi hari ini, Sharifah Aini berkata, walaupun ditahan di hospital, keadaan kesihatannya masih stabil dan segala dugaan yang menimpanya adalah kesan daripada jangkitan virus Influenza A (H1N1) yang dihidapinya, lima bulan lalu.

Keluar masuk hospital adalah perkara biasa bagi saya ketika ini. Memandangkan daya ketahanan badan masih lemah, saya tidak dapat menerima kunjungan pelawat,'' katanya yang sudah 45 tahun bergelar anak seni.
Previous Post Next Post