Aidil Zafuan: Kami Malas Beri Kenyataan Balas, Tahu Perkara Sebenar



Sebenarnya satu tindakan yang bijak kami kira dari pihak Aidil Zafuan yang pada awalnya tidak mahu untuk terus memanjangkan cerita dengan membalas kenyataan Rita Rudaini namun selepas ianya menyentuh perihal Zarema Zainal, suami mana tidak bangkit pertahankan isteri.

Dalam kenyataan kepada Berita Harian semalam, Aidil Zafuan mempersoalkan tujuan sebenar Rita Rudaini memberikan kenyataan seperti itu & berkata beliau juga isterinya tidak terjejas langsung dengan apa yang dikatakan pelakon itu kepada orang ramai.

“Mengapa tiba-tiba Rita membuat pendedahan seperti itu. Apakah tujuannya berbuat demikian? Dalam hal ini, hanya saya dan isteri saya tahu perkara sebenar. Jujurnya kami tidak terkesan langsung dengan pendedahan yang dibuat”

“Pada awalnya saya malas hendak berbalas kenyataan atas nasihat kawan-kawan. Tapi saya perlu bersuara kerana perkara itu membabitkan isteri saya sekarang. Rita mengadu kepada para media kononnya dua minggu sebelum perkahwinan baru saya mahu menjenguk anak dan selepas bernikah langsung menghilang. Hakikat sebenar saya sudah lama mahu menjenguk anak”

”Bukan dalam tempoh 2 minggu tapi sebelum itu lagi. Saya ada mesej (Rita) bertanyakan soal anak dan meminta kebenaran untuk bertemu mereka. Malangnya tiada sebarang jawapan. Hanya pada seminggu sebelum saya kahwin, baru dia membalas mesej dan izinkan saya jenguk mereka”






Aidil Zafuan sekali lagi mengulangi sebab sebenar kenapa beliau tidak datang menjenguk anak dan ianya disebabkan tempat tinggal yang jauh di Johor Bahru.

“Persoalannya mengapa lagi seminggu saya nak kahwin baru balas mesej & beri keizinan? Selepas berkahwin, saya pindah ke Johor Bahru. Kesibukan membuatkan saya tidak sempat melawat mereka. Namun saya tetap bertanya khabar dan baru-baru ini saya ternampak gambar anak sakit”

“Itupun kawan yang beritahu selepas terlihat gambar itu di Instagram Rita. Apabila saya tanyakan perkara itu, Rita tempelak saya balik. Bukanlah lebih wajar beliau maklumkan kepada saya bahawa anak saya sakit kerana saya adalah bapanya. Ini tidak, beliau lebih senang muat naik gambar ke Instagram daripada memberitahu saya,” jelas Aidil Zafuan panjang lebar.

Macam tidak seronok pula bila sudah berpisah tetapi perang mulut antara bekas suami isteri masih terus berterusan dan menjadi bahan bualan ramai. Elok duduk berbincang.
Previous Post Next Post