Kami ingat sudah senyap kisah putus cinta pasangan ini tetapi laporan Berita Harian hari ini ada menyebut yang Nad Zainal sudah membuat laporan polis ekoran tidak tahan diganggu oleh bekas teman lelakinya, oh siapa lagi Azwan Kombos.
Nad Zainal dikatakan telah pun membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang, awal pagi semalam namun tidak mahu mendedahkan butiran atau maklumat lanjut tentang isi laporan terhadap bekas teman lelakinya itu.
Pelakon ini turut mendakwa seorang wanita yang tidak dikenali menghubunginya sebanyak tiga kali dengan menggunakan nombor telefon berbeza.
Menurut Nad, beliau hairan bagaimana wanita terbabit memperoleh nombor telefon bimbitnya yang tidak pernah diberi kepada orang lain. Setiap kali menghubunginya, Nad mendakwa wanita terbabit bertutur dalam nada berbaur negatif.