Azwan Kombos Nafi Ganggu Nad Zainal & Sudah Lama Tidak Berhubung



Menjadi bualan ramai pagi ini apabila akhbar harian melaporkan yang pelakon Nad Zainal telah membuat laporan polis selepas beliau tidak tahan diganggu bekas kekasihnya, Azwan Kombos dan seorang wanita tidak dikenali.

Dalam satu kenyataan balas kepada portal GUA, Azwan Kombos menafikan dakwaan Nad Zainal itu dengan berkata beliau sudah berhenti menghubungi bekas kekasihnya itu hanya beberapa hari selepas mereka berpisah.






“Saya sebenarnya sudah penat nak bercakap mengenai hal ini kerana sudah berlanjutan selama dua bulan. Saya seorang lelaki, jadi kalau orang dah tinggalkan kita kenapa kita nak terhegeh hegeh dengan dia lagi?” ujar Azwan Kombos.

“Saya sudah tidak mencari Nad selepas beberapa hari berpisah serta telah memadam nombor telefon dia. Bagi saya perkara ini melibatkan polis, jadi saya enggan mengulas lanjut sebaliknya menyerahkan kepada pihak pengurusan saya untuk menyelesaikan perkara ini”

Azwan Kombos bagaimana pun tidak menafikan mereka ada berkomunikasi untuk bincangkan perkara yang tidak penting, namun pelakon ini enggan pula menerangkan butir lanjut atas alasan terlalu peribadi. Kalau berhadapan polis, perlulah cerita semua ya tidak?
Previous Post Next Post