Akim Ada Penyakit Ganjil?



Mungkin akibat masih lagi mengimbau tragedi yang berlaku baru-baru ini menyebabkan ketakutan pelakon dan penyanyi Akim Ahmad untuk menaiki kapal terbang semakin serius. Dia yang mengalami penyakit yang dipanggil aerofobia amat memberi kesan malah menyebabkan kerjayanya sebagai seorang artis terbatas dek kekangan masa.

Ini kerana, untuk sesetengah perkara dia perlu ke lokasi penggambaran yang jauh dengan segera dan terpaksa menaiki pesawat. Oleh sebab itu, Akim terpaksa menolak tawaran tersebut kerana masih tidak dapat melawan perasaan gemuruhnya. Untuk mengatasi masalah tersebut, kini dia sedang berlatih untuk menaiki pesawat dalam jarak yang dekat agar dapat memberi pendedahan kepada dirinya kelak.






Akim turut berseloroh apabila memberitahu penyakit pelik yang dialaminya akan membuka rezeki tersebut kepada artis yang lain. Selain itu, dia turut menerima rawatan dari pakar psikologi untuk mengawal aerofobia dan apa yang paling penting penyakit tersebut tidak berbahaya kepada orang lain.

Mengenai perkembangan semasa pula, dia amat bersyukur kerana telah memenangi anugerah Anugerah Artis Duo/Berkumpulan Popular ABPBH 2013 bersama Stacy. Tambah Akim, mereka tidak pernah menyangka akan naik ke atas pentas namun mengakui sempat bergurau bersama Stacy supaya menerima anugerah tersebut bagi pihaknya. Akim juga bakal mempunyai album penuh duo bersama penyanyi “Gilalah” ini dan berharap agar semua peminat bersabar dengan album terbarunya kelak.
Previous Post Next Post