Anuar Zain Jadi Penerbit?



Rasanya peminat setia dua beradik ini iaitu Anuar Zain dan Ziana Zain masih ternanti-nanti projek besar yang melibatkan kedua-dua penyanyi berbakat besar ini. Khabarnya Anuar Zain sendiri mahu menjadi penerbit untuk album baru kakaknya Ziana Zain dan perkara tersebut masih lagi tertangguh sehingga kini.

Menurut Anuar, projek tersebut masih lagi dalam proses dan berjanji akan memberikan kualiti terbaik untuk kakaknya tanpa terikat dengan masa. Ini kerana, semua sedia maklum mengenai vokal Ziana Zain yang amat memukau dan perkara tersebut akan diambil kira dalam proses penghasilan album terbarunya kelak. Ditanya adakah Anuar akan mengubah cara, stail dan genre muzik pada album tersebut, dia memberitahu konsep Ziana Zain dikekalkan agar ianya menjadi satu trademark untuk masa hadapan.






Penyanyi berusia 44 tahun ini juga sedang sibuk mencari material selain sedang bekerjasama dengan nama-nama besar untuk menarik perhatian peminat baru. Lagu-lagu pada kali ini turut mengikuti perkembangan semasa dan lebih urban agar dapat menarik perhatian peminat muda. Ini penting agar nama Ziana Zain dan dirinya akan terus kekal dan mampu bersaing dengan penyanyi yang sedia ada kini.

Kali terakhir Ziana Zain menghasilkan album adalah pada tahun 2001 melalui album studio berjudul “Aku Cintakan Mu” dan semestinya kemunculan album terbarunya kelak bakal memberikan satu lagi fenomena terutama apabila ianya dihasilkan oleh adik sendiri.
Previous Post Next Post