Bekas pelajar program Raja Lawak Musim ke-3 iaitu Amir selamat mengikat tali pertunangan dengan gadis pilihannya dikenali dengan nama Intan dalam satu majlis yang diadakan di rumah pihak perempuan di Sungai Besi pada Jumaat minggu lalu.
Namun jelas Amir atau nama sebenarnya, Mohammad Amirullah Azmi, 26, dia masih belum menetapkan tarikh sebenar untuk majlis perkahwinannya walaupun sudah menetap akan berkahwin pada tahun hadapan.
"Alhamdulillah majlis tersebut berjalan dengan lancar dan kami akan bertunang selama setahun.
"Bagaimanapun tarikh bernikah masih belum ditetapkan namun menjangkakan ia akan dilangsungkan lebih awal daripada tempoh bertunang," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Sabtu.
Dalam pada itu Amir berkata, Intan merupakan pilihan tepat untuk dijadikan sebagai isteri kerana sifatnya yang sangat memahami dan sentiasa menyokong Amir dalam pelbagai perkara.
“Intan adalah orang yang bertanggungjawab menyakinkannya untuk memulakan perniagaan dan sentiasa menyokong saya sehingga usahanya membuahkan hasil.
"Selain itu Intan seorang yang sangat penyabar dan tidak pernah mengongkong saya, itu adalah sikap dia yang paling saya kagumi," katanya.
Amir kini masih giat dengan aktiviti seni dia kini semakin ligat mempromosikan sabun pencuci (detergen) yang dijualnya sejak beberapa bulan lalu. Orang ramai yang ingin mencuba sabun pencuci bagi menyokong perniagaan Amir ini bolehlah menghubungi rakan kongsinya iaitu Azrai di talian 012-6991164.