Pengarah Erma Fatima Sedia Bertemu Dengan Madunya



Pengarah terkenal, Erma Fatima atau nama sebenarnya Fatimah Rahmad bersedia untuk berjumpa dengan isteri baru suaminya, Aida Abdul yang dikhabarkan telah bernikah kira-kira 2 bulan yang lalu di negara jiran.

Menurutnya, keizinan untuk bermadu memang telah lama dipersetujui dan dia pernah mencari calon yang sesuai untuk suaminya namun ditolak.






“Saya bersedia untuk berjumpa dengan isteri baru Bade iaitu madu saya secara terancang mahupun kebetulan, saya serahkan kepada suami saya bagaimana cara pertemuan itu.

“Saya tak tahu kenapa kali ini Bade tak suruh saya pergi tunangkan atau pun tidak, itu semua kena tanya dia, saya minta hal ini tidak disensasikan lagi dan saya anggap ianya telah selesai,” “ katanya dalam rancangan bual bicara HLive Apa Kata Malaysia.

Meskipun Erma Fatima mengetahui perkara ini, kekuatan dari anak-anaknya adalah keyakinan utama bagi dirinya untuk meneruskan kehidupan dan berkarya untuk teater mahu pun drama terbitannya.






“Saya tahu ramai yang memberi tafsiran yang negatif mengenai poligami, tapi apa yang berlaku terhadap diri saya perlulah dilihat secara positif yang berkemungkinan saya mempunyai kekurangan pada diri Bade,” jelas Erma lagi.

Dia juga turut mengakui dirinya sangat “workaholic” dalam menguruskan kerjayanya namun di rumah dia tetap menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan hormat Bade selaku khalifah untuk menguruskan hal keluarganya.
Previous Post Next Post