Bieber, Gomez sorok hubungan


Justin Bieber dan Selena Gomez

SEPANJANG tempoh hubungan cinta pasangan selebriti ini, terlalu banyak ungkapan putus dan kembali.

Untuk tempoh setahun sahaja, dua atau tiga kali insiden yang membabitkan hubungan Justin Bieber dan Selena Gomez, namun akhirnya mereka akan tetap kembali bersama.

Ini membuktikan bahawa cinta pasangan ini terlalu kuat dan mereka tidak boleh dipisahkan dengan perkara-perkara remeh.

Malah, Bieber yang selama ini tidak putus harapan untuk memujuk dan terus memujuk kekasihnya itu mampu tersenyum lebar apabila Gomez sedia berada dalam pelukannya kembali.

Walaupun beberapa kali kecundang, namun kali ini Gomez dan Bieber berjanji untuk tidak menyakiti antara satu sama lain lagi.

Malah, menurut laporan antarabangsa, Gomez memberitahu bahawa mereka sememangnya tidak betah untuk menjalani kehidupan sendirian tanpa pasangan di sisi.

"Mungkin kisah cinta kami terlalu banyak sambungan, namun di hati kami, hanya kami sahaja yang tahu.







Sorok hubungan

Walaupun sebelum ini mereka cuba untuk menyembunyikan hubungan yang terjalin, namun rahsia itu tidak mampu ditampung lagi.

Malah, berdasarkan 'mata-mata' yang memerhatikan pasangan ini jelas menunjukkan bahawa mereka berusaha untuk menjalani kehidupan bersama.

Hubungan itu mula dihidu ketika pasangan ini menghabiskan waktu bersama di Los Angeles. Tambahan pula, kehadiran mereka di majlis ulang tahun temannya, Alfredo Flores, baru-baru ini menguatkan lagi desas-desus itu.

Menurut rakannya, Bieber dan Gomez cuba menyembunyikan hubungan itu daripada pengetahuan umum kerana belum bersedia.

"Mereka banyak kali putus dan kembali bersama. Cerita yang sama, setiap minggu, setiap tahun.

"Malah, saya perhatikan, setiap kali mereka berubah dan bertengkar, mereka akan mengambil masa untuk menenangkan diri.

"Selepas itu, mereka akan kembali bersama semula," kata rakannya itu.


Cinta bersyarat

Walaupun hubungan ini tidak pasti akan bertahan lama, namun Gomez turut mengenakan syarat baharu buat Bieber.

Katanya, syarat ini dikenakan kepada dirinya sendiri dan Bieber untuk memastikan hubungan itu berlangsung tanpa gangguan di kemudian hari.

Menurut Gomez di sebuah majalah antarabangsa, syarat-syarat yang dikenakan itu adalah usaha untuk mengekalkan hubungan tersebut dalam tempoh yang lama.

"Kami perlu menggembirakan hati masing-masing. Jika dia (Bieber) melanggar janji itu, maka hubungan ini akan berakhir begitu sahaja tanpa penjelasan.

"Selain itu, kami tidak mahu berjauhan lagi kerana tanpa melihat satu sama lain, hubungan ini boleh goyah.

"Dia perlu menemani saya bersiar-siar di pantai dan menikmati aiskrim seperti sebelum ini bila-bila sahaja saya mahu," katanya lagi.

Namun, syarat-syarat itu ternyata tidak dituruti Bieber dan dia turut menulis, 'cinta kami tidak memiliki syarat' di satu foto intim yang dimuat naik di Instagramnya.

Pun begitu, tidak lama kemudian, penyanyi kelahiran Kanada ini memilih untuk memadam semula gambar mereka tanpa diketahui sebabnya.


Jauhi Gomez...

Walaupun ramai di kalangan peminat mengharapkan hubungan pasangan ini berkekalan, namun tidak bagi Taylor Swift.

Sebelum ini, Swift pernah memberi amaran kepada Gomez untuk tidak kembali ke pangkuan Bieber sekiranya Gomez itu masih menyayangi persahabatan mereka.

Namun, ternyata sayang Gomez lebih kepada Bieber dan perkara ini membuatkan Swift kecewa lagi.

Sejak Bieber dan Gomez kembali bersama, Swift memilih untuk menjauhkan diri daripada mereka.

"Saya tidak suka Gomez bersama lelaki itu kerana dia memberi impak buruk dalam kehidupan kawan saya.

"Jika itu yang dia (Gomez) pilih, biarkan mereka," katanya yang dikatakan sudah dua bulan tidak mengambil tahu mengenai kehidupan Gomez lagi.

Ada sumber memberitahu, Swift akan kembali disisi Gomez sekiranya hubungan mereka terputus dan memberi pengajaran kepada Gomez untuk masa akan datang.
Previous Post Next Post