Eina Azman
Baru-baru ini ARTISMELETOPtelah menerima kiriman emel daripada seorang wanita yang mendakwa Eina Azman sering kali menganggu bekas teman wanita kekasihnya, Dato' GMix.
Malah wanita itu turut mendakwa Eina telah mengugut untuk membomohkan bekas teman wanita Dato' GMix. Namun ketika ARTISMELETOPmenghubungi Eina, dia enggan mengulas lanjut mengenai perihal ini, sebaliknya meminta ARTISMELETOPuntuk terus mendapatkan komen teman lelakinya.
Dato' GMix atau nama sebenarnya Dato' Paduka Gurmeet Singh menegaskan yang beliau enggan menuding jari kepada sesiapa, namun dapat meneka dalang di sebalik tuduhan yang dilemparkan terhadap Eina itu. Bagi beliau, punca utama timbulnya fitnah ini adalah kerana sifat cemburu terhadap hubungannya bersama Eina.
“Perkara ini timbul kerana ada pihak yang cemburu serta tidak senang melihat hubungan kami berdua. Saya kenal Eina, jadi saya percaya dia bukanlah seperti yang dituduh. Saya harap individu terbabit berhentilah mereka-reka cerita palsu.
Eina tidak pernah mencari sesiapa dari kehidupan lalu saya kerana kami masing-masing sibuk dengan kerjaya sendiri. Jadi bagaimana boleh timbul yang dia sering menganggu serta mengugut untuk membomohkan pihak terbabit jika dia sendiri tidak pernah berjumpa mereka?,” ujar Dato' Gmix ketika dihubungi ARTISMELETOPpada Rabu.
Menurut beliau, tindakan undang-undang akan diambil sekiranya perkara ini berterusan dan mencemarkan nama baiknya. Beliau juga ingin mengetahui dalang sebenar di sebalik fitnah yang dilemparkan terhadap Eina/
“Jika saya mengetahui siapakah yang menghantar emel itu maka saya akan mengambil tindakan undang-undang mereka yang bertanggungjawab. Ini kerana saya tidak teragak-agak untuk menyaman mereka yang mempunyai niat untuk memburukkan nama saya,” ujar GMix mengakhiri perbualan.