Hujung minggu lalu, ada satu khabar angin timbul mengatakan yang Izara Aishah kini sedang rapat dengan anak tiri Dato’ Siti Nurhaliza iaitu Adib Khalid namun tiada sebarang penjelasan dari tuan empunya badan sehinggalah hari ini.
Dalam akhbar yang sama, Izara Aishah tampil memberikan penjelasan yang beliau bersama Adib Khalid sudah lama saling mengenali dan mereka hanyalah kawan biasa selain mengakui yang dirinya sudah putus cinta.
“Ya, kami sudah putus cuma saya tidak mahu komen lanjut. Yang berlalu biarlah berlalu”
“Saya sudah lama kenal Adib dan kebelakangan ini saya selalu keluar dengan kawan lama termasuklah Adib. Memandangkan beliau cukup popular dan dikenali, maka tidak hairanlah ada pihak yang cuba ada adakan cerita yang tidak betul,” jelas Izara lagi.
Okay yang penting Izara Aishah kini sudah kembali solo, kepada sesiapa yang rasa boleh tawan hati pelakon cantik manis ini, silakan. HAHA!