Rahsia Kekal Muda Bersama Produk NUTOX Diperbaharui



Cantik ‘kan Nur Fazura? Memang tidak dapat dinafikan kejelitaan pelakon popular ini & pastinya yang paling menjadi perhatian adalah cara beliau mengekalkan keremajaan kulit wajahnya sehingga ke hari ini — kami sendiri cemburu.

Menerusi rangkaian produk terbaru NUTOX yang diperbaharui bersama sarang burung (bird’s nest) yang telah terbukti berkesan sebagai salah satu pemangkin kecantikan kulit, anda juga mampu mengekalkan keremajaan milik anda.






Rangkaian produk NUTOX baharu ini telah diperkaya dengan 2 kali lebih banyak B’Nest Collagen™ untuk mengekalkan keremajaan kulit wajah anda.

Dengan inovasi Oxyfusion — teknologi unik yang menyuntik kadar oksigen yang tinggi ke dalam kulit untuk memaksimakan penyerapan B’Nest Collagen™ — NUTOX menamatkan pencarian produk penjagaan kulit yang anda mahukan.

“Kami faham dengan dilema yang wanita berdepan hari ini apabila memilih produk penjagaan kulit, lebih lebih lagi untuk wanita yang memasuki usia 30′an. Garis halus dan kedut mula kelihatan dan menjadi keutamaan ketika ini”



“Bagaimana pun produk yang terlalu kaya dengan tekstur mungkin boleh menyebabkan masalah kulit berminyak lebih lebih lagi dalam cuaca panas dan lembap di Malaysia,” ujar Vicky Lim, Pengurus Kanan Pemasaran Tontonku Sdn Bhd.

Oleh kerana itu NUTOX tampil dengan pembersih, toner dan pelembap di bawah rangkaian yang diperbaharui ini hadir dengan pilihan pelbagai tekstur.

Untuk kulit bercampur & berminyak, tekstur lebih ringan telah dicipta; manakala tekstur yang lebih memperkaya diwujudkan untuk kulit normal dan kering.

Previous Post Next Post